7 Jun 2015 - 15:52
Amazon sokong IS

Syarikat perniagaan terbesar Amerika menyokong militan IS dengan menjual bahan propaganda kumpulan pengganas itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24com) - Portal berita BBC melaporkan syarikat jualan online Amazon kini menjual bahan propaganda militan IS (Negara Islam) dalam bahasa Inggeris yang bertemakan majalah "Dabiq".

Statistik jualan yang tertera di dalam laman web tersebut kini mencecah 6049 meskipun naskah-naskah Dabiq dapat dimuat turun dari berbagai laman sesawang yang lain.

Antara topik hangat yang diberi tumpuan Dabiq ialah ketuhanan, peristiwa dan berita-berita terkini.

Meskipun berita ini tersebar, Amerika masih bersikap tidak memperdulikan penyebaran propaganda militan di tengah-tengah masyarakat dan sekaligus membuktikan kuasa angkuh dunia itu membela keganasan walaupun pada zahirnya negara itu sudah melancarkan kempen ketenteraan ke atas IS.

.............